Pada pilihanraya 10hb Mei 1969 Parti PERIKATAN telah dikejutkan dengan kemerosotan sokongan apabila tewas sepenuhnya di Pulau Pinang,Perak sementara diSelangor hanya mampu memenangi setengah dari jumlah 28 kerusi yang dipertandingkan. Diperingkat Persekutuan pula hanya memenangi 66 dari 104 kerusi.PERIKATAN ketika itu dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC telah sejak pilihanraya pertama tidak pernah tergugat penguasaannya. Pilihanraya pertama sebelum kemerdekaan PERIKATAN menang 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada pilihanraya kedua tahun 1959 pula menang 74 dari 104 manakala pada pilihanraya ketiga tahun 1964 meningkat kepada 89 daripada 104 kerusi, menjadikan ia sebagai parti dominan di Parlimen dengan sokongan padu rakyat berbilang kaum.
Parti-parti pembangkang ketika itu, GERAKAN,DAP,PPP menjadi penyumbang utama kepada kekalahan di Pulau Pinang (PERIKATAN 4,GERAKAN 16,DAP 3,Parti Rakyat 1 dari jumlah 24 kerusi),Perak (PERIKATAN 19,PPP 12,DAP 6,GERAKAN 2,PAS 1 dari 40 kerusi),Selangor (PERIKATAN 14 dari jumlah 28 kerusi).
Kemerosotan sokongan kepada PERIKATAN disebabkan oleh masaalah hubungan kaum antara Melayu dan Cina yang telah dieskploitasi sepenuhnya oleh parti-parti pembangkang. Sepanjang tempoh kempen yang panjang,malahan telah bermula sejak beberapa tahun sebelum itu, isu perkauman telah dibangkitkan dengan penuh emosi oleh parti-parti pembangkang dengan menumpukan usaha untuk menaikkan semangat kebencian dikalangan kaum cina terhadap kedudukan orang melayu.Mereka mengungkit semua perkara bersangkut dengan hak dan keistimewaan orang melayu hingga menyerang artikel 153 berkenaan peruntukan kuasa YDP Agong dalam menjaga hak keistimewaan orang melayu.Mereka juga mengungkit dan menuduh orang melayu menguasai jawatan-jawatan disektor kerajaan dan pasukan beruniform.Tidak cukup dengan ceramah-ceramah berbau perkauman, berbagai usaha dilakukan termasuk mengedar risalah-risalah berunsur kebencian kaum dan gerakan-gerakan tersusun termasuk kempen menyeru orang ramai memboikot pilihanraya, perarakan dan sebagainya, semua dengan tujuan menaikkan kebencian dan menarik sokongan kaum cina kepada politik mereka.
Kempen kebencian ini mencapai klimaks apabila berlaku satu insiden di Kepong pada 4 Mei 1969.Sekumpulan pemuda cina telah bertembung dengan pasukan polis ketika sedang cuba mengarak slogan anti pilihanraya.Pertembungan itu yang menyaksikan kumpulan pemuda cina menyerang polis menggunakan senjata tajam dan kayu, berakhir dengan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri menyebabkan seorang pemuda cina dari kumpulan itu, terkorban.
Insiden itu telah dieksploit sepenuhnya.Pihak keluarga dihasut oleh Parti Buruh untuk diadakan perarakan dan tarikh yang dipilih ialah pada hari mengundi iaitu 10 Mei 1969, dengan sengaja? Polis bagaimanapun memberikan permit untuk 9 Mei 1969, sehari sebelum hari mengundi. Beribu-ribu kaum cina dengan disaksikan oleh beribu lagi melakukan perarakan besar merentasi tengah bandar Kuala Lumpur, walaupun permit hanya untuk mengikut jalan-jalan tertentu, dengan sengaja juga diingkari.Strategi ini berjaya menghasilkan simpati dari kalangan pengundi bukan melayu. Api kebencian disemarakkan apabila perarakan disulami berbagai kain rentang yang penuh provokasi. Antaranya berupa kata-kata seperti, "Kekuatan Musuh tidak akan mengalahkan kita,teruskan perjuangan menentang Imperialis British-Amerika","Hutang darah dibayar darah dan balas keganasan dengan keganasan","Kibarkan bendera merah perjuangan,teruskan revolusi hingga ketitisan darah terakhir".
Kempen kebencian ini telah membuahkan hasil keesokannya apabila berjaya menarik kaum cina mencurahkan simpati perjuangan kepada parti-parti pembangkang, MCA tewas teruk menyebabkan PERIKATAN kehilangan negeri dan mengecil diParlimen.
Demikianlah sedikit antara bibit-bibit menjelang dekatnya pilihanraya 1969,pada genap 12 tahun usia negara (1969-1957).Benih-benih kebencian dan persengketaan kaum yang sememangnya sedia wujud sepanjang tempoh usia muda negara, ditiup sepanjang masa,dipanaskan dengan sengaja dan dieksploitasi sepenuhnya dengan niat jahat untuk menawan undi dan mengalahkan PERIKATAN pimpinan UMNO, telah akhirnya membuahkan hasil yang tidak sedikit waktu itu. Kempen kebencian dan permusuhan antara kaum ini juga diambil kesempatan oleh gerakan komunis bawah tanah oleh PKM yang ketika itu sudah berundur ke hutan sempadan, tetapi bertekad untuk terus menggerakkan gerakan politik mereka secara halus, mengapi-apikan setiap peluang untuk memecahbelah dan menghuru-harakan negara dan rakyat jelata.
Pencapaian pilihanraya itu, telah membuatkan parti-parti pembangkang ketika itu "besar kepala" teramat sangat hingga melakukan berbagai provokasi sebaik sahaja mendapat berita kemenangan besar tersebut. Mereka berlagak seolah-olah mahu memadamkan sejarah yang menjadi saksi bahawa negara ini adalah asalnya terdiri daripada PERSEKUTUAN TANAH MELAYU yang merdeka, kemudian bergabung menubuhkan FEDERATION OF MALAYSIA apabila mencapai persetujuan dengan Sabah,Sarawak dan Singapura yang secara langsung memberikan kemerdekaan kepada Sabah,Sarawak dan Singapura melalui gabungan bersekutu dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU! Tidak salah mereka mahu bertanding pilihanraya atas dasar kepentingan kaum, tetapi bukanlah sampai mahu menghalau orang melayu, memaki orang melayu, mempersoal keluhuran perlembagaan yang terhasil dari sebuah persefahaman keramat sewaktu perundingan kemerdekaan.
Kegilaan mereka terpancar sewaktu meraikan kemenangan yang tercapai melalui usaha menyemai kebencian antara kaum selama berkempen dan sebelum itu yang berterusan sejak beberapa tahun sebelumnya, perlahan-lahan tetapi pasti.
Perarakan merai kemenangan dianjur oleh parti GERAKAN dan DAP pada 11 dan 12 Mei, penuh dengan kata nista dihala kepada UMNO dan orang melayu tanpa segan silu lagi, menghina melayu terang-terangan, kononnya telah tewas. Sekumpulan mereka malah pergi ke kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Dato Harun Idris di Kampong Bharu,dengan sombong dan kurang ajar menjerit kepada beliau untuk keluar dari rumah itu kerana kononnya sudah kalah di Selangor.
Kebiadaban dan keangkuhan inilah yang menyebabkan orang melayu bertindak balas demi mempertahankan maruah yang tercabar.Setiausaha Politik Dato Harun ketika itu, Ahmad Razali memohon permit polis untuk perarakan balas, tetapi tidak dibenarkan oleh Polis atas dasar keselamatan.Namun pada 13 Mei 1969,sejumlah 4,000 ke 5,000 orang melayu sudah berkumpul dikediaman rasmi Dato Harun dan bermulalah satu episod yang dikenali dan tercatit didalam sejarah hitam negara sebagai detik tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Mendapat berita bahawa "Setapak sudah dilanggar", letusan kemarahan meletup tanpa lagi dapat dikawal."Amuk" anak melayu membunuh 2 orang cina didalam sebuah van yang melintas dijalan itu,mati disitu juga dan vannya dibakar.Persitiwa hitam 13 Mei pun meletus untuk beberapa hari berikutnya mengorbankan jiwa sesama rakyat. Darah dipinta darahlah yang dapat!
Dharurat diisytihar keseluruh Negara walaupun kosentrasi keganasan berpusat di Kuala Lumpur, tetapi tidak dapat tidak, seluruh negara berada diambang perang saudara. Sepanjang tempoh dharurat, cubaan demi cubaan dilakukan oleh kumpulan-kumpulan aktivis kaum cina untuk mencabar pihak berkuasa tentera dengan perarakan haram dan keganasan-keganasan berkumpulan menyebabkan beberapa insiden pertembungan bersenjata.
Negara ditadbir sepenuhnya oleh MAJLIS GERAKAN NEGARA yang ditubuhkan pada 17 Mei 1969, diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein sebagai Pengarah Operasi. Majlis Gerakan negara dianggotai oleh Tun Dr.Ismail (Menteri Dalam Negeri),Tun Tan Siew Sin (Presiden MCA),Tun Sambanthan (Presiden MIC),Dato Hamzah Abu Samah (Menteri Penerangan),Tunku Osman Tunku Mohd Jewa (Ketua Turus Angkatan Tentera), Tan Sri Salleh Ismail (Ketua Polis Negara), Tan Sri Ghazali Shafie (Setiausaha Kementerian Luar Negara) dan Lt.Gen.Dato Ibrahim Ismail dilantik sebagai Chief Executive Officer Majlis gerakan Negara.
Kecekapan dan kebijaksanaan pemerintah telah berjaya membendung malapetaka lebih besar dan akhirnya demokrasi kembali dipulihkan pada Februari 1971.
Negara kembali menuju pemulihan dan parti-parti pembangkang seperti GERAKAN, PPP dan PAS dibawa masuk kedalam PERIKATAN dengan nama baru BARISAN NASIONAL.Dasar-dasar baru dibentuk dan langkah-langkah pembetulan dilakukan bertujuan memperbaikki hubungan antara kaum dan mengimbangi jurang ekonomi antara rakyat. Antara langkah baru yang mencorakkan negara ialah pembentukan Dasar Ekonomi Baru.
40 tahun (2009-1969)telah berlalu sejak peristiwa berdarah yang hampir menghancurkan negara dengan perang saudara antara kaum sewarganegara. 40 tahun sudah berlalu sejak peristiwa itu. Rakyat berbilang kaum,berganding membina negara dengan aman, makmur dan selamat. Saling hurmat antara satu sama lain,kita bersatu didalam kepelbagaian. Kita hidup bergandingan sebagai rakyat satu Malaysia tanpa curiga, tanpa cemburu yang jahat, tanpa cuba menidakkan hak dan kedudukan satu sama lain, menghurmati perlembagaan dan undang-undang, berpegang dengan tulus kepada rukun bernegara.
Sebenarnya bukan semua kaum cina bersama dengan kumpulan-kumpulan aktivis jahat yang terlibat didalam ledakan 13 Mei 1969. Malahan ramai yang terperangkap didalam pergaduhan berasaskan kaum ini tanpa kemahuan dan sebenarnya menjadi mangsa keadaan.
Tahun ini 2009, jika dikira ungkapan "life begins at 40" maka kita sekali lagi melalui angka 12 tahun(52 tahun usia kemerdekaan ditolak 40 tahun pasca 13 Mei) Ingatlah pada sejarah kerana jika gagal, kita akan di 'ajar' oleh sejarah. Ungkapan "sejarah sentiasa berulang" jangan kita remehkan kerana manusia yang cerdik akan sentiasa belajar dari sejarah.
Jangan kita biarkan "pandir-pandir" itu bermain dengan api.Jangan mereka seronok hingga lupa bahawa langkah sombong dan angkuh itu, sedang menuju kejalan kemusnahan!
Jangan kita ulangi peristiwa hitam ketika berusia 12 tahun itu, kerana kita kini sudah 12 tahun lebih dewasa dari titik 40. Kita sudah berusia 52 tahun, jangan kita lalu jalan itu...dan sebagai orang yang berusia, kita sudah sewajarnya menjadi manusia budiman yang mantap akal untuk memimpin anak muda generasi pewaris,agar tidak menduga lautan api itu.
Mari selamatkan si Luncai yang mahu hanyut dengan labunya, halang si Kitol mengadu domba, ingatkan si Lebai usah meminta malang menimpa. Pulihkan jiwa celaru untuk bersatu.
Dikocak kocak tasik tenang,
Hajat curang sibudak nakal,
Berharap jangan pada yang curang,
Berotak biar sama berakal.
Wednesday, December 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Salam tuan,satu penulisan untuk semua bangsa muhasabah diri.Musuh jangan dicari,kalau datang jangan lari,maruah ada limitnya.
ReplyDeleteMasa jadi 13 Mei Melayu mula bersatu kembali,bersatu setelah sakit ternak.Bila Melayu sembuh dari sakit dan dapat hidup aman damai kembali.
Nampaknya ada Melayu tak suka pada kedamaian berterusan. Sekarang setengah Melayu buat penyakit pepecahan kembali,apakah perlu peristiwa 13 Mei yang terpahat sejarah hitam kembali lagi.Andainya berlaku lagi peristiwa seumpama itu,pasti akan akan jadi lebih teruk ,sebab semua bangsa sekarang ni jumlahnya ramai.Adakah hebat-hebat belaka ke...seni silat pulut bangsa kita untuk bermain api.
Tiada gunanya bersatu ketika huru hara,lebih baik mencengah lebih awal.Adakah bangsaku mudah lupa dan tidak ambil pengalaman dari peristima 13 MEI dulu?.
Saya mengharapkan sebuah kedamaian yang berkekalan untuk anak cucu kita warisi bagitu juga bangsa lain ,saya percayai.
Penyakit UMNGOK dikalangan orang Melayu..
ReplyDeleteSetelah dikejutkan dengan wabak H1N1 kini rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan sejenis wabak penyakit berjangkit yang sangat berbahaya yakni penyakit UMNGOK.Namun rata-ratanya yang dijangkiti hanya kaum Melayu.
Antara gejala-gejala penyakit UMNGOK ini ialah:
1.Asobiyah yang sangat melampaui norma seorang manusia.
2.Redha diperbodahkan pemimpin Zalim yang korup asalkan mereka Melayu.
3.Alah yang teruk kepada perkataan PAS,PKR,DAP.
4.Turut alah dengan laungan 'Takbir',Reformasi dan Makkal Sakthi.
5.Perasaan benci kepada Alim Ulama terutama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
6.Memisahkan Agama dari segala aspek kehidupan kecuali upacara nikah dan upacara pengkebumian.
7.Seringkali terkena sawan 'Kepala Lembu' yang mengakibatkan kepala lembu yang tidak berdosa akan diarak beramai-ramai sambil melaungkan perkataan 'Hidup Melayu' dan 'Ketuanan Melayu'.
Itu hanya sedikit contoh daripada berpuluh-puluh lagi gejala penyakit ini yang tak mampu ditulis lagi. Namun jangan dirisau setiap penyakit yang ALLAH S.W.T turunkan pasti diturunkan sekali dengan ubatnya.
Untuk penyakit berbahaya ini, doktrin untuknya ialah cepat-cepat keluar UMNO dan cepat-cepat mendaftar untk menjadi Ahli Pakatan Rakyat ditempat yang berdekatan dengan premis kediaman.InsyaALLAH penyakit itu sembuh dalam kadar tempoh kurang daripada 24jam anda keluar UMNO/BN.
Salam akhi jadikan kisah ini pengajaran,fahami kisah insan ini ya akhi.
ReplyDelete"Aku dilahirkan di sebuah negeri selatan Malaysia, bapa aku seorang bekas ketua bahagian UMNO di kawasan kami pada tahun 1987 hingga 1993. Dia merupakan seorang penyokong kuat kepada bekas TPM Tun Ghafar.
Selepas Tun Ghafar tidak disokong untuk menduduki TPM dia tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian tetapi masih memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan. pada tahun tersebut bapa aku telah pergi menunaikan fardu haji. Semasa bapa aku menunaikan fardu haji dia telah berjumpa dengan beberapa orang ustaz yang berasal dari utara tanahair.
Pada tahun 1994 setelah tamat pengajian aku di sebuah institusi pengajian tinggi, aku telah mendapat tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan dan di tempat di utara tanahair. Pada mulanya aku berkhidmat di sana aku rasa cukup bosan maklumlah sebelum ini aku berada di sebuah negeri yang dianggap maju dengan dipenuhi tempat-tempat maksiat untuk melepaskan kebosanan. Di sini aku cuma berhadapan dengan orang-orang kampung dan juga dengan masjid-masjid. aku mula berkawan dengan penduduk-penduduk di sekitar taman yang aku tinggal, mula-mula tu aku agak kekok kerana sebelum ini aku akan ke masjid hanya bila solat Jumaat dan kalau ada kenduri. Tetapi bila di sini aku mula mendekati masjid setiap hari dan mula mendengar kuliah-kuliah agama.
Sebelum ini aku yang terdedah dengan UMNO dan BN hanya anggap PAS dan ustaz-ustaz yang memakai serban di kepala itu sebagai faham sesat. Dari kecil aku telah ditanamkan perasaan benci kepada golongan PAS. Aku masih ingat lagi peristiwa Mamali di Baling dan dalam masa yang sama di TV1 satu ketika itu telah menayang satu drama bertajuk 'Guru Yahya' perkara-perkara ini telah tertanam dalam jiwa aku. Dari situ aku menjadi orang yang membencikan PAS, aku pernah membentangkan satu tessi masa pengajiaan dulu berkaitan kebencian aku tetrhadap PAS ketika itu yang aku anggap sebagai pelampau dan sesat.
Setelah hampir setahun aku berkhidmat di utara tanahair, bapa aku kerap mengunjung aku di sini. Aku pula sudah mula rasa selesa dan tidak kekok dengan keadaan sekitar. Bila keluarga aku dari kampung datang mengunjung aku, aku akan bawa keluarga aku untuk mendengar kuliah-kuliah agama yang jarang kami dengar di tempat kami. Di tempat kami kuliah-kuliah agama banyak menekankan tentang perkara-perkara Fekah sahaja, manakala ilmu-ilmu lain dalam Islam tidak pernah kami dengar. walaupun aku yang belajar di sekolah agama hingga kedarjah 4 Senawi, banyak lagi ilmu-ilmu agama yang tidak didedahkan. Bapa aku yang merupakan seorang perjuang UMNO dulu cukup benci kepada ustaz-ustaz yang berserban telah mula berminat untuk mendengar kuliah-kuliah di sini. pada masa yang sama bapa aku telah berjumpa dengan kawan-kawannya yang sama menunaikan haji dulu.
Aku mula-mula mendekati PAS apabila aku diajak oleh seorang kawan aku untuk mendengar ceramah oleh Haji Mohamad Sabu. dari situ aku mula berminat untuk mendengar dan aku cuba mengkaji dan mendalami apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya. Bapa aku yang sering mengunjungi aku juga telah aku bawa untuk mendengar ceramah-ceramah PAS. Aku mula membeli Harakah yang ketika itu dikeluarkan 2 kali seminggu. Bapa aku juga dah mula berminat dan memahami PAS. Pada tahun berikutnya dalam pemilihan UMNO bapa aku tidak langsung mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cawanagan UMNO, dia juga tidak dalam pemilihan tersebut.
Pada tahun 1997 aku yang telah beberapa tahun mengenali PAS dan mendalami prinsip-prinsip perjuangan PAS telah mendaftar sebagi ahli PAS. Walaupun sebelum ini aku memang seorang ahli UMNO, tetapi setelah aku sedar didalam PAS tidak ada semangat Kebangsaan sebagai landasan seperti UMNO. Di dalam PAS bangsa dan kaum adalah tempat ke 2 selepas Islam didahului. Bapa aku yang dulu perjuang UMNO sekarang sudah mula condong dan mendekati PAS, apabila UMNO menghadapi krisis pada 1998, bapa aku yang sekadar ahli biasa ketika itu telah keluar beramai-ramai dan mendaftar sebagai ahli PAS. Aku juga terkejut di kampung aku yang selama ini tidak pernah ada cawangan PAS, bapa aku dan orang-orang kampung telah berjaya menubuhkan cawangan PAS pertama di kampung. Walaupun bapa aku tidak memegang apa-apa jawatan dalam cawangan tersebut, dia rela dan bersemangat untuk terus menyumbang idea. Pengalaman sebagai ketua bahagian UMNO digunakan oleh bapa aku untu menyumbang kepada pengerakan PAS di kampung. Hampir sepuluh tahun cawangan PAS di kampung aku ditubuhka, akhirnya kawasan itu telah berjaya diwakili oleh seorang DR dari PAS.
ReplyDeleteSetelah 11 tahun aku menyertai PAS aku tidak pernah berasa jemu untuk terus berjuang dan memberitau kepada orang ramai bahawa PAS ialah sebuah parti yang sentiasa mengutama Islam. Aku juga bersyukur kerana Allah s.w.t. membukakan hati aku dan keluarga untuk bersama-sama dalam perjuang jihad ini. Memang banyak dugaan yang aku alami, aku pernah ditahan kenaikan pangkat, aku juga pernah dihantar perkhidmat di seberang laut tetapi dengan kuasa Allah s.w.t, aku harunginya. Sekarang aku sebagai seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di negeri yang dipimpin oleh seorang Ustaz.
Aku amat bersyukur, walaupun banyak perkara yang dulunya aku benci kepada PAS. Tapi Allah s.w.t. membukakan hati ini, aku amat sayangkan perjuangan ini. Bapa aku juga sebelum ini sangat bencikan PAS telah sama-sama berjuang dalam jihad ini. Aku cukup berbangga menjadi anak kepada bapa dan keluarga aku kerana mereka sedar dari kesilapan dulu.
Pesanan bapa aku ' Biar kita berjuang lewat tetapi kita ikhlas dan sentiasa menyerahkan jiwa kita kepada Allah s.w.t.'. jadi marilah semua umat Islam bersama-sama kita dlam perjuang jihad untuk menegakkan daulat Islam di negara ini.
Salam Na'im NIKMAT,
ReplyDeletePertamanya selaku orang yg mendakwa "ISLAM" anda berperangai 'HODOH' dan tidak menunjukkan sifat seorang MUSLIM,kerana:-
1. Menggelar dan mengejek-ejek nama orang lain apabila UMNO diejek UMNGOK,dengan sengaja bertujuan menghina.
2. Membuat dan mengada-adakan cerita yg anda sendiri tidak pasti benar bertujuan memburuk dan memfitnah.
3. Anda guna cerita orang masuk PAS dari UMNO dengan bangga sedangkan bila cerita orang PAS masuk UMNO anda akan kutuk orang itu.Setakat contoh anda itu, ada berpuluh malah beratus cerita orang PAS masuk UMNO, tetapi adakah anda akan beri nilaian yang sama? Pada anda adil,baik dan bagus hanya bila anda suka. Hukum pun boleh berubah bila anda suka.
4. NikAJIS? Itu cara ejaan anda.Siapa yang iktiraf dan bagi gelaran Ulama? Dia sendiri ke? Kalau orang lain yang bergelar serupa tetapi tidak menyokong cara PAS, adakah anda iktiraf gelaran Ulama pada dia?
5. Firman Allah yang membawa bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-ngolokkan)dan jangan pula wanita-wanita lain (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita-wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri (mencela sesama mukmin kerana orang mukmin seperti satu badan) dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman (panggilan yang buruk ialah gelar-gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelar itu,seperti kepada seorang yang sudah beriman dengan kata-kata; hai fasik,hai kafir,dsb) dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itu orang-orang zalim".
(Surah Al Hujuuraat ayat 11)
6. Anda asyik, ghairah dan kusyuk untuk mengata,menuduh,mengeji sesama MUSLIM. Sedangkan teman yang didampingi oleh PAS ialah kafir DAP yang jelas telah memberi amaran, "PAS jangan bermimpi untuk tegak Islam", "kalau nak Islam langkah mayat DAP dulu" dan "Pakatan PAS/PKR/DAP tidak ada agenda untuk tegak Islam". Kaldai DAP di Perak NizarseNGEH menjijikkan! Syukur dengan Izin Allah dia tersungkur cara terhina!
7. Kalau pun nak bertopengkan Islam, berperangailah seperti seorang Muslim.
Bro, kawan setuju sangat dengan komen tuan pada Na'im yang terlepas nikmat Allah kerana menjumudkan pemikiran dengan ilmu yang ada padanya.... bagaiman kalau Makkal Shakti menyertai PAS, kawan rasa lebih pada Nabi dia ni puji...... inilah hipokrit namanya, sehinggakan Nik Aziz dianggap Wali, rasuah dijadikan hadiah.....
ReplyDelete