Hari ini, para agamawan Yahudi yang tidak bersetuju dengan tindak tanduk Rejim Zionis Israel, bangkit meluahkan perasaan dukacita dan memohon maaf kepada pejuang-pejuang dan rakyat Palestine yang dianiayai oleh kekejaman dan kerakusan Rejim Zionis Israel itu. Mereka juga menyeru masyarakat dunia supaya tidak terperangkap dengan sentimen anti yahudi kerana mereka yang menganut agama itu dan taat kepada ajarannya tidak sama sekali setuju dengan kezaliman dan penganiayaan yang berlanjutan tanpa kesudahan di rantau itu. "Jangan panggil mereka Negara Yahudi, panggil mereka Negara Zionis Israel atau Negara Syaitan, itu yang sebenarnya"!! Demikian luahan perasaan agamawan Yahudi itu kepada pihak media. Sentimen kekecewaan ini turut diluahkan oleh sebilangan rakyat biasa Israel dalam satu demonstrasi jalanan membantah kekejaman rejim Zionis Israel atau Rejim Setan Israel.
Namun dalam masa yang sama, dipihak Islam, kita sedih dan pilu dengan usaha "Viva Palestine" yang terkandas di sempadan Mesir, terhalang dalam misi bantuan mereka membawa bekalan ubat-ubatan untuk penduduk palestine yang menderita di Gaza, dikepung Rejim Syaitan itu. Negara-Negara jiran Tanah Palestine itu, tidak berupaya bangkit untuk menegakkan keadilan kepada manusia-manusia yang teraniaya di Palestine, walaupun mereka semua majoritinya adalah saudara-saudara Islam mereka sendiri. Hati kecil kita bangga juga bila dimaklumkan tokoh kita yang tidak asing Tun Dr.Mahathir Mohammad dan juga Datin Seri Rosmah sedang membantu mencari jalan bagi perjalanan Viva Palestine ini sampai ke sasaran.
Malaysia, yang terkenal dengan keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang bahasa dan berbilang agama, dipimpin oleh umat Islam Melayu yang majoriti, sebaliknya sedang diusahakan oleh "anasir-anasir" yang berniat jahat untuk mencetuskan suasana kesangsian dan kebencian ANTARA AGAMA dan KAUM.
Keadaan dan ketidak-stabilan yang dicetus ini, memberikan peluang kepada "syaitan" untuk menyelinap dengan berbagai "penyerupaan". Inilah yang malangnya, dan inilah yang akan merugikan, bukan hanya kepada pengkhianat, tetapi kepada semua rakyat yang bernaung. Saya tidak langsung percaya puak rakus dan terdesak ini akan peroleh apa yang sedang diimpikan. Oleh itu perumpamaan "Menang Sorak Kampung Tergadai" tidak akan layak untuk mereka (Sebab kita tidak akan benarkan itu berlaku).Apa yang saya jamin akan tercatat didalam sejarah nanti ialah kejayaan "syaitan-syaitan" yang menyerupa, yang akan memperoleh sesuatu nanti, terima kaseh kepada PARA PENGKHIANAT !
Umat Islam yang merupakan rakyat majoriti di Negara yang aman, harmoni, selamat dan makmur ini, membuka tirai fajar baru dengan sebuah hadiah,"penghinaan". Jika dikatakan umat Islam dihina, mungkin menghina, yang sebenarnya ialah mereka dicabar!
Maka sepertimana adat orang yang beradat, "orang jual, kita beli". Dayus kiranya ditampar muka, masih tersengih-sengih, sabar.. Memang kita aman selama ini ialah kerana kita dididik pegangan yang kuat menghurmati undang-undang. Namun apabila undang-undang dijadikan senjata untuk mengenakan kita, maka kita wajib menyerang dipentas sama, lawan balik dengan kebijaksanaan, bongkar kepalsuan! Kita wajib menyusun strategi untuk melawan kebathilan ini.Kita merasa lega dengan beberapa ledakan suara saudara-saudara Islam menegaskan bantahan diatas penghakiman membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH didalam cetakan media oleh pehak Gereja Kristian Katolik. Jaminan oleh pihak berkuasa untuk menangani perkara ini dengan kadar yang segera adalah dialu-alukan. Marilah kita semua berdoa agar MALAYSIA yang dipimpin dan diperintah oleh umat Islam, menaungi rakyatnya yang berbilang agama, dengan aman,selamat dan harmoni selama ini, akan terus dilimpahi rahmat dan hidayahNya dan dilindungi dari sebarang niat jahat anasir-anasir yang mahu "menangguk diair keruh" sepertimana perangainya "syaitan" yang sentiasa mengintip ruang dan peluang untuk menyesatkan. Masa inilah mereka yang jujur pada diri dan agama Islam akan ketepikan agenda selain dari itu. Umat Islam sedang di uji, munafik dikalangan kita akan tewas, syaitan yang menyerupa juga akan panas!
Sementara kita gigih susun kerja kita, pasukan paderi-paderi Kristian berkenaan, sedang bergembira dengan pencapaian terbaru ini, walaupun didalam "otak sedarnya" tahu, kejayaan ini hanya sementara, kerana sudah pasti umat Islam dan pihak berkuasa akan melakukan proses rayuan dan bangkit melawan penghakiman ini. Cuma saya ingin menasihatkan paderi-paderi itu agar jangan cepat sangat menempah tiket untuk ke VATICAN CITY bagi memaklumkan POPE bahawa tuhan KRISTIAN MALAYSIA sekarang dengan rasminya disebut dengan panggilan ALLAH dan KRISTIAN seluruh DUNIA juga patut contohi mereka. Apa-apa pun kalau mereka hendak juga kena "tempeleng" dengan POPE, jangan lah tinggalkan "SETAN yang sekor tu" dalam rombongan tersebut. Penat dia beria-ia menyokong untuk diiktiraf sebagai "ULAMAK" pintar, tidak seperti "orang-orang jahil dan kolot" macam saya dan lain-lain yang tidak menyokong kerja jahat ini!
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!



Salam PP, satu artikel yang sungguh meninggalkan kesan dalam hati kawan.... apakah ada juga manusia yang bergelar Melayu, beragama Islam sediki pun tidak mempunyai perasaan.... sehingga sanggup menjual agama semata-mata kerana tamakan kuasa dan jawatn....
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteSebab tu Melayu tak boleh lembut sangat,kalau lembut disepak orang,dia orang ingat Melayu lemah.Ni akibat Melayu tak bersatu,jadi dia orang test power la tu.
salam ukwah,
ReplyDeleteBuat Penulis,Gambi,Nurimo,
Sebab salah pemimpin Umno juga tegak Islam melalui maksiat.Jenis 2 alam susah,masa sambutan maal Hijrah berucah hal agama.Masa sambutan perayaan ikut menari dan mengajak rakyat buat maksiat.
Apa cerita ni,jangan marah saudara penpusaka realiti.Jadi kalau nak umno/BN rakyat caya kepada pemimpin jangan kuat sangat merasmi majlis berbentuk maksiat malah kutuklah sikit.
Nak kutup macam mana sekali dengan rakyat bermaksiat.
Assalamualaikum saudara,
ReplyDeleteDalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,
http://10sibudakhitam.blogspot.com/
dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.
Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.
Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.
Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.
Tuan di jemput untuk menghadiri Dialog Bersama Pemimpin, sila berikan nama penuh, no ic, nama blog dan no telefon dan emailkan kepada saya di darulehsantoday.blog@gmail.com dengan kadar segera, untuk booking tempat duduk. tarikh, tempat dan masa akan di beritahu melalui email. terima kasih.
ReplyDelete