Monday, March 29, 2010

Buang Mentaliti Kuota di Hulu Selangor!

Isu calon sekali lagi menjadi perbincangan setiap kali pilihanraya kecil. Malangnya ia
bukan berkisar siapa individu yang paling layak per se tetapi lebih kepada kaum
mana dari parti komponen mana?

BN dikatakan mempunyai persefahaman tidak bertulis mengenai pembahagian kerusi berdasar
parti atau lebih tepat berdasarkan kaum. Ini jangan cuba dinafi oleh parti-parti komponen
BN! Belum pernah kita lihat GERAKAN mahupun PPP contohnya meletakkan calon MELAYU dikerusi
yang diberi kepada mereka. Kerana apa? Kerana ia lebih condong dilihat parti sesuatu kaum
dari parti berbilang kaum walau keahliannya cuba menggambarkan sebaliknya. MIC dan MCA sudah
tentu jelas mewakili kaum India dan Cine sepertimana UMNO parti Melayu.

Dalam pada orang melayu sering dicemuh setiap kali menuntut pembelaan bangsanya dalam agihan
kemakmuran negara sebagai bermentaliti kuota,yang dikatakan bergantung hidup hanya pada sistem
kuota,kadang-kadang turut dikutuk oleh komponen seperti PPP,MCA dan GERAKAN juga,kenapa pula
dalam konteks agihan kerusi mereka ini lantang menuntut hak konon atas dasar kuota?

Sudah tiba masanya BN bersifat SATU PARTI-SATU BARISAN dimana mentaliti kuota dan perbedaan
berdasar kuota kaum tidak lagi relevan. Orang BN wakili BN! Jadi pilih calon ikut kesesuaian
kawasan berlandaskan kehendak majoriti rakyat. Tidak mustahil satu hari nanti orang bukan
melayu akan diminta oleh majoriti orang melayu bertanding dikawasan mereka mewakili BN!

Masanya akan tiba apabila mereka itu benar-benar menghayati konsep SATU MALAYSIA yang
berteraskan perlembagaan. Oleh itu MIC boleh mulakan dan boleh tunjukkan contoh bermula
di Hulu Selangor yang majoriti rakyatnya bangsa Melayu dan mahukan pula dicalon BN
dari orang melayu. Komponen BN perlu buang mentaliti kuota sesama mereka dan tanamkan
dibenak akal mereka bahawa jadi ahli tak semestinya jadi YB! Tidak kah itu yang
dikatakan oleh mereka pada ahli parti mereka? Jadi samalah juga jadi ahli BN tidak
semestinya jadi YB! Pendekata 1 BN = 1 MALAYSIA ! Jika tak setuju, lain kali jangan
sibuk dan jangan menyampuk BILA ORANG MELAYU tuntut hak mereka dan kuota mereka dalam
agihan hasil mahsul dan segala yang diusahakan dan disediakan didalam negara ini? Maraaah?

0 comments:

Post a Comment