Jika kritikan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang terhadap ucapan Tun Mahathir ketika
merasmikan AGM Pertama PERKASA diambil kira,orang melayu perlu awas bahawa diluar
sana bukan DAP sahaja yang Ultra Kiasu itu membenci perjuangan melayu,tetapi anggota
komponen BN pun sama!
Jadi orang melayu diparti selain UMNO wajib insaf bahawa mereka hanya jadi kuda
kepada konspirasi jahat menidakkan ketuanan melayu di Tanah air mereka sendiri.
UMNO juga patut sedar bahawa mengambil kembali Pulau Pinang pada PRU 13 adalah satu
impian yang hampir mustahil,kecuali ia ketepikan perjuangan melayu. Atau setidak-tidak
pun ia perlu melakukan banyak kompromi.Ini adalah ugutan mereka secara terang sepertimana
PAS sudah tidak lagi membawa perjuangan Negara Islam dan Hudud sebagai syarat bersama
PR. Itu sebab sekarang DAP tidak lagi menyerang PAS macam dulu bak kata NIK AZIZ.
Begitu lah kedudukan percaturan politik hari ini dimana puak minoriti sudah berkuasa
mengugut puak majoriti jika ingin kekal berkuasa.Bertegas akan ditentang dan kemungkinan
kalah itu besar kerana ada dikalangan majoriti itu pembelot bangsa.Mengalah demi
mendapatkan undi bermakna terpaksa menggadaikan perjuangan bangsa.
Orang melayu sekarang dipihak yang rugi jika malu berjuang dan jika berpecah-belah.
Itu janji Allah SWT pada kaum yang tidak menjaga haknya dan hartanya dan balasanNya
pada yang tidak syukur nikmat.Selepas suatu hari nanti hilang nikmat itu,buatlah
sembahyang hajat 10 stadium pun tak ada guna kerana Allah sudah beri ingatan tetapi
mereka ingkar.
Orang melayu tiada pilihan kecuali bersatu mengalahkan komplot jahat ini dan jika ada
kata sebenarnya Datuk Teng hanya benci pada PERKASA, anda rabun hati dan buta tuli.
Kalau kata-kata Tun M boleh dicemuh "menjijikkan" apalah PERKASA yang setahun jagung!
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Semacam ada kesepakatan diantara DAP dan Gerakan di Pulau Pinang. Mereka seakan berpakat untuk menghentam pemimpin Melayu. Sudah sampai masanya pemimpin UMNO bersuara membentak Gerakan yang semakin hari semakin menunjukkan 'topeng'nya yang sebenar. Sejarah telah membuktikan keamanan negara pernah digugat oleh puak ini!
ReplyDeleteSbb itu perlu penyatuan UMNO-PAS tetapi malangnya hati pemimpin2 PAS terkunci mati dek dahagakan sokongan DAP. Inilah natijahnya apabila kepentingan politik diletakkan lebih tinggi daripada kepentingan agama. Nauzubillah PAS.
ReplyDelete