Saturday, April 3, 2010

Bila Perasan Diri Hebat

Pada saat ahli-ahli biasa dan marhaen sedang bekerja keras membetulkan barisan dan memulihkan
semangat,pada masa sama juga ada insan yang dipandang tinggi sebagai salah seorang pemimpin dan
pejuang hebat sibuk menabur onak.

Terkini saya lihat kelaku Ku Li semakin menjengkilkan. Menyibuk dengan argumen menyokong perjuangan
puak PAS dan rakan komplot mereka berkenan tuntutan Royalti Minyak,beliau hari ini bersyarah lagi
dipentas bersama petualang DAP dan PKR di Sabah. Macam jaguh dia berkata bahawa "bayaran wang ehsan
boleh dicabar kerana tiada dalam peruntukan Akta Kemajuan Petroleum atau dalam perjanjian yang saya
tandatangani sendiri".

Soalnya Kerajaan Pusat pimpinan partinya sendiri berkali-kali menegaskan bahawa Royalti yang
dimaksudkan itu tiada untuk Kelantan kerana telaga minyak itu berada diluar kawasan yang disebut
dan dipersetujui dalam perjanjian. Namun Kerajaan Pusat yang mendapat faedah dari hasil telaga itu
bermurah hati atas dasar ehsan untuk membuat formula mengagihkan faedah itu kepada negeri yang di
luar pesisirnya iaitu dimana Kerajaan Pusat mendapat hasil,agar dapat dikongsi bersama rakyat
dinegeri tersebut sebahagian dari hasil itu. Namanya pun sumbangan ehsan,dan seharusnya kerajaan
pusat mahu memastikan agihan itu mencapai sasaran dan tidak disalahguna,maka diuruskan sendiri
melalui jenteranya. Kalau ikut perjanjian yang ditandatangani negeri itu memang tidak layak dapat
Royalti dan itu kalau nak cabar, cabarlah melalui proses undang-undang! Apa berdolak-dalik lagi?

Pada saya kalau Ku Li bertujuan sengaja nak provok puak itu supaya pergi mahkamah dan selesaikan
perbalahan atau kempen memburukkan kerajaan pusat,ianya adalah tindakan yang sia-sia kerana benda
yang sudah terang tak perlu lagi bersuluh. Hentikan bermain politik. Negara tidak perlukannya dan
rakyat dah bosan. Kasihanlah pada kami yang berjuang untuk parti sedang orang yang dipandang tinggi
sebagai golongan pemimpin jadi duri dalam daging.

Ku Li jangan melampau!

0 comments:

Post a Comment