Sunday, April 4, 2010

Teng Hock Nam Tetap kata PERKASA rasis

Naib Presiden GERAKAN dan Timb.Setiausaha Agung Pemuda MCA tetap tidak akan layan
permintaan Wira Perkasa untuk memohon maaf atas kenyataan serongnya terhadap Perkasa
dan Tun Dr.Mahathir. Malahan mereka dengan angkuh mempertahankan anggapannya bahawa
Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Apakah yang dia faham dengan gagasan 1Malaysia hingga melihat perjuangan
Perkasa tidak selari? Ataukah dia sengaja buat tak faham kerana dia mahu kelirukan
Gagasan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia DAP?

Nampak sangatlah rakan UMNO dalam BN ini memang sebenarnya mahu tekan UMNO untuk
selewengkan hakikat sebenar gagasan itu agar akhirnya tunduk kepada kemahuan mereka
sedangkan Datuk Seri Najib berkali-kali menegaskan maksud gagasan 1Malaysia
itu merupakan satu usaha untuk membawa rakyat berbilang bangsa untuk melangkah ketahap
yang lebih mantap dari sifat toleransi kepada sifat penerimaan. Secara ikhlas menerima
hakikat perbezaan kaum dan penerimaan secara total peruntukkan perlembagaan dengan
akhirnya membawa perpaduan dalam kepelbagaian.

Dalam konteks ini sepertimana masing-masing kaum berhak berpersatuan dalam melangsungkan
perjuangan kaum masing-masing dalam ruang lingkup perlembagaan,maka apa bezanya PERKASA
yang memperjuangkan hal orang melayu? Dimana rasisnya PERKASA berbanding berbagai-bagai
persatuan kaum lain baik didalam arena politik mahupun NGO?

PERKASA tidak menyentuh kaum lain dalam perjuangannya selain dari hanya
menumpu pada kepentingan orang melayu,kedudukkannya dan hak serta apa yang
termaktub sebagai keistimewaan baginya yang makin terhakis dan tercabar.

Nampak sangat apabila keadilan mahu dituntut,orang melayu mahu diugut dan
digertak. Orang melayu sentiasa dipaksa kompromi sedang mereka boleh tuntut
dan minta bermacam-macam hingga menyinggung perasaan dan mencabar peruntukkan
didalam perlembagaan.

Mereka mahu meletakkan parti melayu UMNO sentiasa dalam kedudukan bertahan
maka itulah apabila timbul satu pertubuhan NGO Melayu yang tiada terikat
dengan keperluan kompromi politik,mereka resah dan cuba memomokkan orang
pandang serong sebagai rasis. Mereka itu yang asyik mengasak orang melayu
hingga segala-gala hal orang melayu sampai urusan agama pun dipersoal,
tidak rasis?

Semakin jelas sejak kebelakangan ini semacam ada gerakan sulit untuk mengetepikan
kelangsungan kepimpinan melayu dan orang melayu mahu disamatarafkan untuk akhirnya
dipinggirkan di Tanah Airnya sendiri,bukan oleh penjajah tetapi oleh saudara yang dianggap
adik beradik. Adik beradik yang selama ini dikongsi segala dengan kemurahan hati
tetapi mahu dibalas dengan racun.

Kehadiran PERKASA menggugat strategi mereka dan membongkar wajah sebenar puak-puak
rasis sebenar diantara kita. Mereka yang kata PERKASA rasis, adalah sebenarnya rasis.

3 comments:

  1. Perkasa tdk perlu mendesak kemaafan dari mereka. Kita juga tidak perlu melayan tuntutan sama dari mereka dimasa hadapan. Kita perlu tegas dan sombong dengan kumpulan yg tidak tahu berterima kasih. Perkasa perlu memperkasakan kekuatan terlebih dahulu. Bergiat seperti sebuah pertubuhan NGO bukan seperti parti politik. Ibrahim Ali jgn terlalu ego dgn sokongan yg diterimanya. Dia bekerja untuk Perkasa bukan sebaliknya. Jangan outspoken tak tentu pasal.

    ReplyDelete
  2. Hidup perkasa dan biarkan saja dianggap RASIS oleh oleh lain.. peduli apa..!!! sekurang-kurang nya mereka akan berfikir beratus kali pada masa hadapan untuk bercakap dan meeyentuh apa juga isu Melayu yang dilindngi perlembagaan

    ReplyDelete
  3. salam,
    peduli apa dengan teng hock nam , dia yg sebenarnya rasis dan tak relevan dgn malaysia, kalau dia tak happy dia bolih belah

    ReplyDelete