RIOH RENDAH polemik samaada Chua Tian Chang @ Tian Chua masih boleh kekal sebagai Yang Berhurmat Ahli Parlimen Kawasan Batu.
Fakta : Tian Chua TELAH didapati BERSALAH, oleh mulanya Mahkamah Majistret, kemudian atas dasar haknya untuk merayu, dia telah merayu ke Mahkamah Tinggi, dan dia didapati tetap BERSALAH kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar dalam satu kejadian pada 11 Disember 2007. Tian Chua didapati bersalah oleh kedua-dua peringkat Mahkamah kerana MENGGIGIT seorang Penguatkuasa Undang-Undang iaitu seorang anggota POLIS DIRAJA MALAYSIA. Hanya jumlah hukumannya dikurangkan oleh Mahkamah Tinggi.
Tian Chua menerima sabitan itu, tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi dengan rela hati, terus membayar denda RM2,000.00 yang disabitkan keatasnya diatas kesalahan MENCEDERAKAN seorang anggota POLIS DIRAJA MALAYSIA. Bermakna Tian Chua terima hakikat bahawa dia telah dibicarakan dan diputuskan, dia BERSALAH maka itu dia akur dan bayar denda sebagai hukuman terhadap kesalahan itu.
Persoalan disini sepatutnya bukan jumlah hukuman yang di riuhkan, TETAPI ialah perbuatan jenayah itu dilaku atau tidak dilakukan oleh orang yang tertuduh.
Didalam segi moralnya, apakah dia boleh terus menjadi Yang Berhurmat hanya kerana hukuman itu melepaskan dia dari gugur jawatan mengikut tafsiran undang-undang, membersihkan dirinya dari kesalahan moral?
Apakah seorang PENZINA yang dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara 3 bulan, contohnya, boleh juga tersengeh-sengeh bangga macam Tian Chua? Tersengeh-sengeh sebab tidak dijatuhi hukuman sebat 100 kali dengan rotan atau direjam dengan BATU? Apakah kita juga akan mengangkat kedua-dua tangannya diluar pintu Mahkamah dan melaungkan "AllahuAkbar"?
Jadi Tian Chua usahlah tersengeh-sengeh bangga, hanya sebab Mahkamah Tinggi telah mengurangkan jumlah denda. Dia patut MALU dengan jenayah yang telah dilakukannya keatas seorang anggota Polis DiRaja Malaysia dan dia sepatutnya TIDAK LAYAK menjadi seorang Yang Berhurmat Ahli Parlimen! Dia seorang yang tidak boleh diangkat untuk diletakkan sebagai seorang pemimpin.
Jika orang masih boleh terima YB semacam ini, maka usah hairanlah apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berkata, "bahawa orang paling layak menggantikannya sebagai Mursyidul Am ialah "orang kena tuduh meliwat" Anwar Ibrahim yang juga seorang 'bekas banduan'. Anwar Ibrahim, yang pernah meringkuk dipenjara atas sabitan jenayah "salah guna kuasa' ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu! Begitulah nilaian moral apabila menggunakan politik Matlamat Menghalalkan Cara!
Monday, June 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



ya kita bangga juga, orang seperti Chua soi lek, Rahim Tamby Chik, dan DS Najib sendiri diangkat jadi pemimpin. kerana bila jadi pemimpin kita boleh gunakan kuasa untuk lindungi diri kita.
ReplyDeleteChua Soi Lek dan Rahim TC letak semua jawatan bila baru kena tuduh, dan mereka tidak juga dicalonkan oleh BN untuk jadi YB lepas itu. RTC letak jawatan Ketua Menteri dan Ketua Pemuda. Soi Lek letak jawatan Menteri dan Timbalan Presiden MCA. Hari ini mereka naik kembali dan apa jawatan yg diperolehi dalam parti, adalah melalui usaha ikut saluran parti masing-masing secara menawarkan diri dan dipilih oleh ahli.Begitu juga ramai lagi pemimpin yg pernah kena tuduh dan letak jawatan, kemudian naik kembali adalah atas pilihan orang ramai.
ReplyDeleteAhmad Sabu kena tuduh khalwat-tak letak jawatan? Elizabeth Wong kena tuduh pelaku lagak lucah dan bersekududukan tanpa berkahwin-selamba je! Nik Aziz mengaku terima 'hadiah' tiket naik Haji seisi keluarga-katanya tak salah. Khalid Ibrahim guna sedekah lembu untuk mileage politik dikawasan sendiri-selamba juga. Anwar Ibrahim sedang bergelut dimahkamah-bergayut juga. Gobalakrishnan sedang tunggu kes ke Mahkamah-melawan Polis juga. Tian Chua dah kena jatuh hukum bersalah-gigit polis, masih bangga mahu bergayut....semua tidak letak jawatan? Betullah, mereka ini semua guna kuasa untuk lindung diri. Tak cukup kuasa, guna kuasa menipu orang ramai jadi pelindung.
Dulu pernah seorang Timbalan Perdana Menteri guna kuasa untuk halang polis siasat tuduhan meliwat keatas dia. Dia dihukum bersalah jenayah salah guna kuasa dan dihukum penjara. Itu pun ada hajat nak guna kuasa juga untuk lindung diri, tak mahu letak jawatan. Siapa kah dia? Siapa lagi...
Kini nampaknya ada trend guna kuasa untuk lindung diri...tapi nampaknya hanya dikalangan orang gila kuasa.
Najib? Ada kes ke? Kalau ada, saya sudi iring tuan sribuat ke pejabat polis, SPRM, atau mana-mana pihak berkuasa mahupun jika mahu memfailkan kes jenayah sivil keatasnya! Ada ke? Jangan main tuduh...sebab sekarang ni juga ada trend tuduh orang lain sebab nak tutup aib sendiri yang dah jelas tak betul.
Apa-pun saya setuju bahawa kuasa itu boleh dan amat berkuasa untuk lindung diri. Tetapi mengikut yang hak dan dengan cara yang bertanggungjawab.
Cuma orang yg gila kuasa tidak hurmat kepada kuasa!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteApa pun fakta yang saudara kemukakan untuk memperkuatkan hujah saudara, sila jaga adab dengan ulama'. Ilmu dan amal saudara, bahkan saya juga, jika dikumpulkan semuanya belum tentu dapat menyamai tahap ilmu dan amal mereka.
ReplyDeleteDalam kebingungan politik tanah air ini, saya berdoa semoga suatu hari nanti Allah memberi hidayah kepada saudara untuk 'melihat' dan 'memilih' jalan yang benar, sebelum sampai hujung nyawa.
salam anom,
ReplyDeleteSiapa yang mengaku ulama' tu? Ulama mee goreng ke ulama mee segera? Saya turut berdoa agar sdr anom yg takut nak mengenalkan diri juga diberikan hidayah dan dapat 'melihat' dan 'memilih' jalan yang benar, sebelum terus-terusan di tipu oleh mainan politik orang yg bertopengkan agama untuk politik parti, diri dan puak.
2. Perhatian UMNO pusat?? Untuk apa? untuk pangkat nama dan projek ke? Itu saudara, bukan kami di UMNO.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSerupa yahudi, seolah agama milik PAS sahaja,